Sunday, March 24, 2013

perjalanan hari ini

oke , hari ini road to Melaka . tempat aku belajar dulu . ishh , aku ke sana pon nak hantar atok aku balik kampung . kampung aku kt Bengkalis . naik feri ikut Pelabuhan Melaka . huhu . so , abah tunggu atok a.k.a mbah kt pelabuhan . sebab mbah ni sakit kaki . tak boleh jalan sendiri . kena lah guna kerusi roda untuk senang dia naik kapal . aku pula jalan2 dengan adik perempuan aku ( kakcik ) kat area kapal besar tu dengan taman kt area Dataran Pahlawan . lepak2 situ  , snap picture . ingat nak jalan sampai atas A Famosa . tapi bila tengok cuaca terik , tak jadi lahh even dah pakai topi sawah colourfull . haha . aku beli topi tu . satu RM 15.00 . murah ke mahal ? lantak lahh . tu topi pertama aku . huhu . pink plak tu ! tak tahu lah sejak bila pula aku minat pink ni . ishhh3 . so , bergambar lah kt situ . tapi orang kurang lahh even cuti sekolah sekali pun . hoho . then , dalam kol 3 abah call . dia ambil kt parking depan Taming Sari tuu . kitorang tak terus balik tau . tapi singgah rumah sepupu abah kt Segamat ( Wak Meri ) . uhhh , Wak Nab ( isterinya ) memang kelakar . satu kepala dgn aku . ketawa sokmo ! haha . adik aku pula tak puas2 tarik perhatian anak bujang dia ( angah ) . nak jodohkan aku lahh . apa lahh . padahal dia nak . haha . sabar jelahh . layan jee . budak tak matang . whattt ? so , seharian aku keluar aku banyak upload gamba and update status FB and twitter . boring sial dlm kereta . CD lupa nak bawa . radio pula signal lemah . yelahh , ikut jalan kampung . kadang ada , kadang ilang suara radio . sampai je rumah jam 9 malam . makan dulu kt kedai ibu . huhh ! licin nasi . lapar punya pasal . oke , penat . sudah dulu yaa ?

* selit  gambar kt melaka dgn topi sawah colourfull ku :P




sampai sini sahaja

oke , bila dah start menaip ni , mesti payah nak berhaenti . especially kalau online . sampai anak lapar , tunggang terbalik pon tak sedar . dah , dok ghalek depan komputer . haha . memang lahh . so , aku na stop sampai sini je . nanti aku post lah lagi . lagipon dah lewat . besok aku nak ke melaka pula . kang tak terbangun aku . hahaha . payah . dah lah aku ni payah sikt nak bangun kalau tidur tak cukup . oke , bye blog ! nanti aku post lagi perkara yang lebih bagus dan apa-apa jelahh . haha :)

UJian kepantasan Menaip

haa , nak share sikit . sometimes kalau nak isi borang kerja mesti ada forum kepantasan / ketangkasan menaip dalam seminit . mula-mula tu memang aku blur sikit . tak tahu nak tulis apa . haha . sekali aku google lah . alhamdulillah . jumpa gak satu blog yang ada ujian kepantasan menaip dalam seminit . bagus gak tahu benda ni . boleh improve skill menaip kita dari zero to hundred . hahha . tak mustahil . * ceramah ni khas untuk aku * . ada banyak bahasa boleh pilih . dari melayu sampai lah arab . so , sekarang tak ada masalah dah untuk aku isi borang kerja ke apa . menaip pon dah pantas sikit . hahahaha .

== RESULT aku :::

 Words per minute (WPM)43
Keystrokes222
(214 | 8)
Correct words35
Wrong words1
You are better than 78.06% of all users (position 147 of 670 - last 24 hours)

comment ::   tak adalah bagus mana pon . tak adalah sampai beratus . haha . takpe . hari-hari aku practice .

http://10fastfingers.com/result/11_AR/I+can+type+43+words+per+minute+Are+you+faster?

2013

ooh , tidak . dah lama tak update blog ni . Ya Allah , baru 16 je post ? haha . whatever lah . orang letak apa yang penting and latest je kt blog dorang . tapi aku ni lain . suka campur2 . and lebihkan meluah perasaan . so , meluat baca ? AAK ? haha . banyak lah benda terjadi dalam hidup aku . selama setahun aku tak sekolah and tak study . benda tu semua mengajar aku untuk lebih mengerti dan menghargai dengan kehidupan aku sekarang ini . bila diingatkan kembali kehidupan lalu membuatkan hati aku luluh dan timbulnya kesedaran . bertaubatlah segera sebelum terlambat . Ya Allah , ampunilah dosa-dosa hamba- Mu ini . sesungguhnya aku adalah manusia yang lemah dan kadang kala hanyut dek masa . so , tahun ini macam biasa . nak jadi lebih baik dari tahun sebelumnya . semoga perjalanan hidup aku kali ini lebih lancar . Amin !

Thursday, July 26, 2012

kawan lupa kawan

aku takkan post benda gini tengah2 malam ni kalau aku tak rasa geram . aku dah try bersabar . tapi tak boleh . aku tak paham laa . adakah tempat belajar seseorang itu boleh mengubah persahabatan seseorang itu yang sekian lama terjalin ? serabot ! ni semua luahan aku . aku tak tahu laa kalau kau terasa dengan aku ke apa ke . tapi , benda boleh bawa bincang . aku pernah tanya kan ke kau pasal ni . then , kau cakap kau tak terasa pape kan ? ke kau pendam ? berterus - terang jelaa kalau kau terasa . macam mana nak selesaikan masalah kalau kau sendiri tak luahkan perasaan kau kat aku apa yang kau pendam selama ni ? tolong laa weyh ! aku sedih bila dapat kawan macam ni tau ! kau lupa kat semua . tak tahu laa nanti macam mana agaknya kau kalau dah berjaya nanti kan ? sedangkan dah masuk matriks pon dah berlagak , ni plak jadi seorang yang penting dalam kehidupan sesebuah masyarakat ! fikirlah weyh . kita pon da besar panjang . bole  fikir ! assalamualaikum

p/s : kalaulah aku bole cakap semua ni kat dia . nak cakap guane , kalau contact pon taknak feedback balik . ehh , lupa . siapalah aku ni kan ?

kawan lupa kawan ( belajar !!!! )

oke , aku tak continue study tau ! aku malas . biar laa next year jee . aku penat . hehe . berbalik pula pada cerita dia , dia dapat plkn tau ! tapi tak pergi . sebab panggilan masuk ke kolej matrikulasi kan awal . cehh ! bangga je kot . tak nak dahh feedback pape . adalah aku tanya dengan kawan satu sekolah tapi lain kelas yang masuk matriks tau , nama dia ' A ' . aku mesej ' A ' , tanya pasal dia ni . da nampak tak kat matriks ? dia macam mana ? tegur ke tak ? pastu , ' A ' pon reply . cakap yang ' A ' ni nampak time hari orientasi jee . tu pon , dia tegur gitu2 jee . pastu , dia pergi laa dekat ' kawan baru ' dia tuu . urm , maybe lain course kot . ntah laa ! sekarang ni , dia kerap online . upload gambar baru tau . dia dengan kawan matriks dia . pergi karaoke laa . apa laa . time kawan dengan aku , takda pon nak upload gambar aku dengan yang lain . haa ! takda BB kot . urm , pasrah jee . memang kat situ , aku terasa sangat . nak kawan sudah ! taknak tak pe . pastu , aku dapat tau dari ' B ' yang dia memang taknak rapat dah dengan kitorang time SPM and lepas SPM . tak tahu laa pasal ape . maybe , kitorang ni bodoh kot . yelaa . tak dapat masuk matriks . tak macam dia . matriks kot ! sekarang ni , dia dengan ' L ' yang kononnya kawan rapat time sekolah dulu , pon tak rapat dah . macam dah putus kawan ( tak tahu laa betul ke tidak ) . kalau diorang still kawan takpe , kalau tak kawan dah ? apa makna semua ni ? mungkin betul lah ! dia taknak kawan dah sebab kitorang ni bodoh ! . bukan budak matriks ! tak kemana laa masuk matriks tu . kau bangga sangat kan dengan kawan2 matriks kau tu . tapi kau ingat tau , kalau takda kitorang time kau sekolah dulu , kau takkan keseorangan laa . kau takkan putus harapan time failed ! bukan nak ungkit . at least , beringat !

kawan lupa kawan ( result SPM )

haa ! time amik result tu , dia datang lambat tau ! nampak sikit perubahan laa . macam nampak cantik . serius ! tak tipu ! dia pakai wedges time tu . nampak cantik laa . dia senyum2 jee . yelah , dah berpunya . siap sebut lagi , ' makwe ..... ( ditapis untuk seketika ) ....... kan ? biasa laaa ' .aku just senyum je . tak tahu laa dia ni . tak pikir ke yang dia dah laa tak pernah cerita pape pasal boy dia . tetiba sebut nama . so , aku wat2 tahu jelaa . ~ layannn ~ . bilaa dia dapat result tu , dia macam tergamam tau ! terus blaa . bila tanya , senyap . pastu , dia senyap tau . nampak mata berair . dia keluar dengan ' L ' . aku pon tercari2 gak dia . urm , ~ hampehh ! ~ . dah orang nak balik , amik duit koperasi , baru dia ada . ( tu pon mujur . dia kan ketua pengawas koperasi ) . bila aku tanya dia dapat berapa , dia sorok2 . so , aku tengok laaa sendiri . oke laa tu . dapat 2A . maybe dia malu kot sebab tak setanding dengan aku . tapi relax laa babe ! result kau cantik . tak macam aku , atas pagar pon ada tau ! tulahh time last aku jupe dia . !

kawan lupa kawan ( lepas SPM )

sambungan dari hari tuu . lepas je amik paper last , macam biasa , lepak . tapi dia tak join . maybe busy laa kot . pastu , dia kerja tau kat parkson . kawan aku ' M ' kerja sekali dengan dia . then , ' M ' cerita laa kat aku yang dia ada kenal sorang mamat ni , kerja situ gak . then , diorang kenal2 , couple laa . tapi secara rahsia ! urm , nak wat guane , taknak cite ke kitorang kan ? oke , lupakan ! ada gak laa aku mesej2 dia , tapi tak pernah reply . maybe busy kot . tapi sampai bila ? aku contact FB pon , dia wat don't know jee . aku comment , dia tak feedback . takkan tak reti kot . mustahil ! dia pergi korea tau , tapi sepatah haram pon tak cakap ke aku . dah balik pon , tak cakap pape pon . bagi ole2 ke ( aku tak harap pon adiah dari dia . tapi at least , ingat laa ke aku . antar mesej ke . tag dalam FB ke . aku tak kisah . asal dia beringat yang aku ni kawan dia ) . tengok laa gambar dia , memang nampak enjoy laa . urm , lupa da ke kita . tak pe , REDHA je :(

kawan lupa kawan ( time SPM )

urmmm , ingat lagi time sekolah dulu tau ! time nak SPM laa . bukan main lagi , belajar sama2 tau . buat study group . kalau tak faham , saling bertanya . memang aku akui , kadang2 ' dia ' ni macam over cerdik tau ! cam ' dia ' sorang je cerdik dalam class tu . tapi kan , aku tak salahkan  'dia ' 100% . biasalahh , manusia . kadang2 ada riaknya . memang tak dinafikan ! oke , lepas tu , time nak dekat SPM ni , ' dia ' macam berubah tau . kira , tak nak dah lepak dengan aku and kawan2 aku yang lain ( geng2 biasa yang aku lepak laa ) . ' dia ' macam jauhkan diri dari kitorang . lepas tu , ' dia ' lepak dengan kawan ' dia ' dari kelas sebelah laa ( kira kawan lama ' dia ' ). oke laa . tak pelahh tu . maybe ' dia ' memang nak study betul2 kot . yelaa , kalau study dengan kitorang macam tak boleh nak concentrare sebab kitorang macam selalu gurau laa  . tak serius . urm , ' dia ' memang lemah subject akaun . selalu failed laa kalau tiap exam . oke , aku bantu ' dia ' tau . sampai ' dia ' betul2 pandai , sampai paham setiap tajuk tuu ( yang selalu masuk paper ) . kalau cikgu bagi paper je ( soalan JUJ bagi akaun ) , aku akan buat sama2 dengan ' dia ' . kalau tak faham gak , jumpa cikgu sama2 . sama laa juga time wat folio akaun . adalah satu hari tu , ' dia ' memang dah dapat jawab soalan akaun sikit2 tanpa tunjuk ajar / rujuk buku tau ! , ' dia ' boleh jupe cikgu akaun tu senyap2 tanpa pengetahuan aku ( akau tahu pon sebab nak antar folio ) . aku memang terkejut laa . rasa nak nangis jee . terasa sangat . tapi aku diam je .  mungkin aku kolot kot , sebab dia nak privacy jekot . tapi takpelah , aku rasa pelik tau . sebelum ni , dia ajak jee . tu takpelah . aku redha . time SPM , memang nampak sangat taknak lepak / tegur kitorang . oke laa . tunggu je sampai abis SPM . ehh , time paper last tu , dia oke je tau ! tegur2 , gurau2 . haa ! lagi satu , asal antar mesej je mesti tak balas . sebelum ni , dia balas je . sekarang tak dah tau ! sabar jelaa . maybe , sala kitorang gak kot . sebab kutuk dia belakang2 . oke , maafkan kami ! aku dah cakap gitu , maybe ntah laa . dia tak dengar kot . :(

Wednesday, July 25, 2012

cara meluahkan perasaan

ishhh . tetiba jee rindu zaman kanak2 dulu . yelaa , time tu tak payah da nak pikir pape . nak wat benda , buat jee sesuka hati . kalau buat salah pon , kena marah gitu2 jee . hahaa . tak macam sekarang ni . semakin meningkat umur nak ke tahap remaja yang matang , makin banyak masalah tau . bak kata orang , masalah tu mendewasakan . masalah peribadi laa . dengan kawan2 sekolah laa . masalah belajar laa . masalah family . masalah dengan cikgu pon ada tau . hihii . tapi , kena laa cari jalan penyelesaian . jangan laa terlalu pendam semua masalah kita . takut tetiba jadi gilaa plak ( just kidding ) . urm , kira kalau kita pendam semua masalah kita ( or perasaan ) kita , ia akan mengubah diri kita tau nanti . daripada seorang periang kepada seorang yang muram . seorang yang pendiam menjadi agresif dan sebagainya laa . ada caranya untuk meluahkan isi hati kita . antaranya ialah :
  • menulis  -  kaedah ini biasanya banyak laa perempuan guna . tak dinafikan , aku pom salah satu dari golongan ni tau . hehe . kita tulis laa pape yang kita rasa . selain dari tu , bole gak melukis , hehee . biasanya kalau tulis , kita lebih banyak menulis berbentuk pertanyaan tau . hihii . patu , banyak lagi laa . nak kata wat lirik lagu pon ada gak . hohoo .
  • bercerita  -  urm , cara ni memang banyak laa orang guna . kebiasaannya , cara ni membuatkan kita lebih tenang   laa .                                                                                                                                                                                                                                                                   * si pencerita - korang mestilah pandai nak pilih kawan untuk meluahkan masalah . bukan aku cakap semua kawan korang tu jahat . tidak laahh ! tapi kena lahh cari yang betul2 bole simpan rahsia . sometimes , ada gak member yang mulut kepoh . maybe kau cerita kat dia masalah kau . then , dia akan cerita plak kat member lain . oke ? tapi kan , korang kena ingat , bukan semua masalah bole korang cerita tau . pasal family tu , memang sensitif . nak cerita pon , hal yang berkaitan dengan diri korang laa . macam korang rasa terkongkong kee . tak payah laa cerita yang family korang terlibat dalam jenayah ke apa kee . ( seumpama je tau . takda niat nak ngejek ) . tu kira bagai mencincang air yang takkan putus ( ehh , betul ke peribahasa tu ) . urm , memalukan jelaa kalau cerita . yelaa , baik buruk , diorang tetap family korang . urm , macam menjatuhkan air muka sendiri jelaa .                                                                                                                                                                                                                                       * si pendengar juga mestilah memainkan peranan yang penting tau ! kita mestilah bagi nasihat kat si pencerita tuu . tapi jangan pernah sesekali cakap ' dahh laa wey , jangan nangis lagi ' . tu membuatkan si pencerita tuu lebih sedih . seharusnya kita cakap ' dahh laa . benda yang dah berlaku .sekarang ni kau kena tabah ! jadikan ianya suatu semangat untuk kau terus bergerak ke hadapan . buktikan yang kau tu kuat , bukan seorang yang lemah . fightingggg ! aku selalu ada utk kau ' . haa ! penangan ayat yang best . hahaa . kalau member ada masalah , jangan paksa dia untuk bercerita tauu .cakap gini jee senang ' weyhh , apa masalah kau haa ? kalau ada masalah cerita laa kat aku . maybe aku bole tolong kau kee . kita nak shopping . pikir jalan penyelesaian sama2 . kalau aku tak dapat tolong pon , at least , kau rasa lega sikit . takda lahh kau na tanggung sorang . apa guna ada kawan kan ? ' . hohoo . tu jelaa ayat yang biasa aku guna kalau member aku da masalah kee and dia cerita kat aku .
  • menangis / menjerit sekuat hati  -  hahaa . cara ni pon best gak tau ! serius ! tapi kan , kena pandai gak pilih tempat . macam kat pantai ke ( cari tempat yang tersembunyi sikit . yang takda orang sangat ) , kat bukit rekreasi kee . jangan nak jerit kat sembarangan tempat plak . kang tak pasal2 , orang cakap korang ni mental plak . hahaa . kalau tempat tu jenis da orang kan , jerit laa perkataan yang senonoh sikit . bila sebut perkataan tak sepatutnya , nanti orang cakap korang tak sopan plak . menangis laa korang sampai puas . tak pon , dengar je lagu sedih . feeling habis2 , nanti korang akan nangis . lepas  dari , gerenti korang rasa lega . and bila tengok kat cermin , korang akan tersenyum :)
  • shopping !  -  cara ni gempak gilaa kot ! hahaa . hanya orang mampu sahaja bole wat gini . kalau orang tak mampu , mampus laaa ! nak cari mana duit . tambah stress adalaa . hahaa . cara ni agak pelik sikit . maybe , orang jenis gini bole rasa puas hati kot .serabotkan diri dengan tengok sale sampai lupa masalah . hehe.
  • tumbuk / sepak something - hahaaa . cari laa tin kosong ke , patu , sepak . kalau nak best lagi , pegi kat tempat orang berlatih boxing , tumbuk laa benda penumbuk tuu ( aku pon tak tahu laa nama benda tu apa ) . memang lepas laa rasa geram semua tuuu .
  • karaokeeee   -   cara ni memang aku selalu guna laa . asal geram sikit , ajak member2 pegi karaoke , patu karaoke laa sampai puas . dapat sejam pon tak pelaa . asal lepas gian . hahaa . nyanyi laa lagu pape . sumbang ke apa ke , lantak ! aku layan jee . hahaa . asal aku lepas semua perasaan aku , suda laaa . nyanyi laa sampai takde suara . baru puas ! selagi suara tak hilang , selagi tu aku takkan stop ( haaa . cara ni jangan ikot sangat . tak bagus )
  • update status  -   zaman yang serba moden ni kan , memang banyak laa social networking . kita da FB , twitter , blogger laa and macam2 lagi . so , senang je . lupakan kaedah menulis smua tu . kita online jee . update status . senang ! hahaa . canggih babe ! tapi kena ingat . kalu laa korang ada friends FB dgn cikgu sekolah ke , patu follow twitter cikgu ke , elakkan luahkan perasaan pasal cintan cintun ni . kang , cikgu baca , kena kaw2 punya dgn cikgu time sekolah nanti . aku tahu laa . pasal aku pernah kena . hahaa .
  • solat  - dalam banyak2 cara kan , cara nilahh yang paling mujarab sekali . korang ada masalah ke , solat laahhh . memang dapat menenangkan fikiran . berdoa semoga ditemukan dengan ketenangan dan jalan penyelesaian . semoga Allah akan mendengar doa kita dan dimakbulkan segala permintaan kita . Amin !
p/s : oke laaa . penat dah aku bagi tips ni . tips  ni aku pena try laa . pasal tu aku post ni . bagus tak
BM aku ? hahaa . aku tulis ni , berdasarkan pemikiran aku . :) . kalau ada tips pape , aku post lagi :)


malaysia vs arsenal

Malaysia menentang Arsenal pada hari ini iaitu bertarikhkan 24 Julai 2012 di Stadium Bukit Jalil . aku tak tengok pon game tuu .  adik aku yang tengok . yelaa , fanatik sangat kot . haaa ! Malaysia tewas ditangan Arsenal 2 - 1 . pada asalnya , aku ingat Malaysia menang sebab time aku tengok sekejap tu Malaysia dah 1 - 0 . hebat gak Malaysia ni . dapat jaringkan gol awal . aku engat Arsenal yang mendahului gol . maybe nasib tak menyebelahi Malaysia kot . pape pom , selamanya Harimau Malaya . hahaa . lagu tema tu . Malaysia tetap dihati . even tewas pon , takde laa jauh sangat beza gol . tu menandakan , Malaysia setanding dengan team bola sepak antarabangsa :)) . Go Malaysia goo !!!!!!


Tuesday, July 24, 2012

adira - sampaikan salam cintaku

haaa ! time2 boring ni , tengok laa you tube . search laa name adira . kuar plak lagu baru dia . penyanyi asal tu Alleycats . tapi Adira nyanyi balik lagu tu dalam versi akustik .  pastu , tengok laa video tuu. wahh ! ada zahiril adzim dengan sheera aiyob . sedih gak laa video tuu . zahiril adzim tunggu sheera aiyob kat satu cafe ni . sheera plak accident depan cafe tu . time sheera masuk cafe tu , orang ramai yang kuar dari cafe tu termasuk laa zahiril . bilaa je sheera panggil zahiril ,dia macam tak nampak tau . so , sheera pon kuar laa . ehh , rupanya tu roh dia laa . dia dah mati depan cafe tu . zahiril plak tak kesampaian hajatnya nak melamar sheera . sheera tengok tau cincin tuu . agak sedihh ! tengok sendiri laa videp tuu . senang kan ? beralih plak pasal alunan lagu tu , memang best laa . music dia yang slow and lantunan suara adira yang merdu menyerlahkan lagi vokalnya yang lantang .



p/s : nilaa gambar sheera aiyob dengan zahiril adzim . ni gambar pra perkahwinan diorang . sweet kann ?
                                        
                                          

p/s : nilaa videonyaaa . tengok jelaa . ~ layannn :)

ariel peterpan bebas !

23 julai 2012 tarikh keramat bagi peminat2 penyanyi sensasi iaitu Nazril Irham atau lebih dikenali sebagai Ariel Peterpan . mana taknya , 2 tahun lepas , kecoh kot cerita pasal video porno dia dengan Luna Maya dengan Cut Tari . time aku sekolah dulu , kelas aku langgan paper . asal buka je paper , kalau takde cerita pasal mereka ni , memang tak sah laa ! haahaa . famous kot kes ni . sampai budak cina kelas aku pom tahu pasal ni . dasyat laa ! tapi tu cerita dulu . kita tak boleh salahkan diorang . maybe sekarang ni diorang dah insaf . bak kata orang , belajar dari kesilapan yang lalu . maybe , kes ni bole jadi pengajaran untuk kita semua . Ariel dibebaskan pon sebab dia berkelakuan baik sepanjang proses hukuman berlangsung . oke , hope Ariel takkan mengulangi balik kisah dia yang lama tu . semoga dia semakin sedar dan menjadi seorang insan yang berguna !




p/s : time aku tengok program Insert kat astro Bintang ( Indo pek ) , memang banyak gilaa laa peminat dia sambut dia . cayalaahhh Ariel ! so , hope dia tak ulangi lagi kesilapan tuu . :)

novel ombak rindu

aku baru je abis baca novel ombak rindu . kalau orang tahu ni , mesti cakap aku koya laa . ketinggalan laa . baru nak up laa . apa laa . tapi aku cool je . aku bosan , baca jelaa novel tu . lagipon , tu novel pinjam . adik aku pinjam dari member dia . bulan2 puasa ni , tak tahu la nak wat apa . so , layan jelaa novel tu . nak online , malas sangat . tak tahu laa nape . sekarang ni , aku malas gilaa nak online kot . haa , beralih plak pada novel tu , novel tu oke2 jelaa . tak dalaa banyak sangat dari filem ombak rindu . dalaa gak ubah sikit2 . takkan nak 100% sama dengan novel . tak suspen laa kalau memang dah da orang yang baca novel tu sebelum filem tu keluar kat pawagam . novel tu memang laa sedih . tapi tak dalaa sampai aku nangis . melelehh . hahaa . maybe baca sambil lewa kot . tak hayati . tak macam filem . melelehh kot time tengok kat pawagam . nangis selok ! bilaa baca je novel tu , watak Hariz jee directly bayangkan Aaron Aziz , tapi watak Izzah bukan bayangkan Maya Karin , tapi diri aku ni . hahaa . perasan laa minah sorang ni . poyo jekot . hahaa . lantak laa .diri aku kan ? hehee . tak suka , just shut up !! abaikan jee :p oke laa . layan jelaa . sampai sini je celoteh aku . ~ tata

p/s : aku baca yang novel ni laa . maybe ni yang lama punya kot . gamba ni aku pakai upload jeee dari web . senang cite . tapaya daa na copy2 masuk computer ni . senang :)



p/s : novel ni aku tak baca lagi . yang ni , tak silap aku , latest punya edition kan ? urm , takpe . da habis baca nanti , aku post lagi kat blog . hahaa . aku pinjam jee . malas nak berbeli ni . hehe :)

                                             

p/s : part yang aku suka . romantik kot . tabah sungguh hati wife Aaron Aziz kan ? yelaa , memahami gilaa career hubby dia . tabik springggg laaa !!!

Sunday, July 22, 2012

oh my english !

ooh no ! sekarang ni musim Oh my english ! haha . cerita tu memang best laa ! bole improve english kita laa . and banyak laa kita bole belajar . memang tak kering gusi laa tengok cerita ni . pakai hentam jee nak speaking . hahaa . asal ada perkataan english sudah laa . yang kesiannya kt cikgu diorang laa . muka pelik jelaa nak paham english diorang . haha . tengok laa cerita ni , channel 610 . famous tau tagline dia ' oh my english ! a.k.a OMG :) . iklan paling aku suka bilaa diorang tak dapat jawab soalan Greyson chance . hahaa . diorang tak paham apa maksud ' last name ' . kelakar gilaa kot . so , search laa you tube ( oh my english ) , or tengok jee kat astro tu haaa . enjoy it ! :)

my first pages 2012

hai . ni first pages aku laa . teringin plak nak update post bulan puasa ni . hehe .da lama tak post . rindu laa . cam biasa laa . puasa setiap tahun . dah menjadi kewajipan bagi setiap umat islam untuk berpuasa setiap tahun . at least , kita dapat rasa macam mana orang yang kesusahan kelaparan . waktu sahur memang malas gilaa nak bangun . waktu berbuka , cepat jee . hahaa . normal laa tu . pergi bazar , memang banyak pembaziran berlaku . beli jee semua makanan yang terasa nak makan ( lebih cam orang mengidam laa plak ) , last2 , tak habis . makanan ke mana , terawih ke mana . hihi . oke lahh , panjang berleter plak . ni testing jee . hehe . oke , wasalam !